Agak penting bagi aku untuk update blog aku sebab melalui blog ni, aku boleh simpan catatan mingguan sebagai diary sebagai rujukan masa hadapan kunun… entries kali nie mengenai beberapa benda yang aklu suka semasa program anak angkat sains.. (catatan program akan dibuat kemudian yer…)

inilah hotel kami.. hotel dynasti yang sentiasa sibuk dan jam teruk setiap hari…. Malangnya hotel ni betul2 untuk tempat kami tido sahaja, betul2 membazir….

Part yang paling aku suka bila sarapan pagi… buffey… sebab benda nie la, badan aku naik berlipat kali ganda… Sekali sekala makan di hotel, agak sedap juga makanan di hotel nie…. setiap hari aku mesti ambik telur separuh masak…

Membuat kereta solar juga merupakan salah satu favourite aku sebab first time buat kereta solar.. cuma budak2 lebih excited… guru2 hanya mampu memerhati jak dari jauh…

Dan pertama kali ikut program… aku mambuat kek, eksperimen coca cola sebagai serbuk penaik… teori kami menjadi… Dan sebab benda inilah kami jadi johan keseluruhan untuk iron chef junior scintist.. lagi pelik bila guru pengiringnya adalah guru geografi…

Boleh dikatakan setiap malam aku stay tempat best fren aku, rumah dia 10 minit dari hotel tempat aku stay .. walaupun penat tapi rasa seronok bila dapat jumpa best fren sendiri… tambah2 lagi lama tak jumpa kawan baik kita… Boleh kata katil aku di hotel nda pernah pun bersentuh… hahaha….

Dan inilah pertama kali aku masuk ke I city, tempat yang penuh dengan lampu…. dan paling best dapat masuk rumah salji kunun… first time la dapat masuk dalam peti ais sebesar ini…
Walaupun aku nda suka dr muzasfar shah nie,, tapi tetap juga mau tunjuk yang aku nie dapat buku free yang ada tandatangannya…. hahaha.. korang ada?